Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran menegaskan bahawa fitnah yang sengaja dipicu di kalangan umat Islam memberi kesempatan kepada musuh untuk melangsungkan agenda mereka. Selain itu apa yang terjadi di Syria hanyalah memenuhi kepentingan pihak musuh.Ayatullah Sayid Ali Khamenei berkata demikian dalam pertemuan bersama peserta Persidangan Perpaduan Islam di Tehran.Beliau menganggap perpaduan di antara umat Islam merupakan cara terbaik untuk menghadapi konspirasi musuh. Setelah itu Dr. Mahmoud Ahmadinejad turut menegaskan sokongan Iran untuk kerajaan Syria berasaskan projek menentang kuasa angkuh dunia. Beliau menambah bahawa Iran juga menyokong program politik untuk menyelesaikan krisis Syria melalui dialog nasional di samping memulihkan keselamatan dan keamanan. Beliau turut menceritakan bahawa perkembangan Syria dan rantau itu sedang bergerak ke arah kepentingan perjuangan Moqawamah."Syria dan Iran berdiri dengan kebenaran, prinsip keadilan dan kedaulatan, sambil menolak untuk tunduk kepada pihak asing... pengepungan ke atas mereka akan meningkatkan keazaman dan motivasi demi menegakkan prinsip-prinsip ini" kata presiden kepada Mufti dan Duta Syria ke Tehran.Ahmadinejad turut memuji dan menyokong keputusan Persidangan Perpaduan Islam. Mufti Syria Syeikh Hassoun pula memuji pendirian Iran dalam menyokong Syria sambil menceritakan kegiatan pengganas telah menjejaskan puluhan kilang, hospital, pusat perdagangan dan ekonomi.Hassoun menggariskan peranan tokoh agama untuk mendekatkan sesama manusia dan menyebarkan budaya persahabatan serta keadilan di kalangan manusia.Dalam satu lagi mesyuarat bersama Hassoun, Ketua Majlis Shura Iran, Ali Larijani menekankan bahawa tidak ada apa-apa yang boleh menghentikan Iran dari menyediakan sokongan untuk rakyat Syria dan kerajaannya bagi mengatasi krisis, sambil menambah bahawa entiti Zionis mengaut keuntungan besar dari apa yang terjadi di Syria.Larijani menekankan kepentingan peranan ulama dalam mendedahkan realiti di sebalik apa yang terjadi di Syria termasuk keganasan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata terhadap rakyatnya.Bagi pihaknya, Mufti Besar menegaskan bahawa sebab tekanan yang dikenakan ke atas Syria dan Iran semata-mata kerana mereka memberikan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan hak-hak mereka.Sebelum itu Larijani berkata dalam satu kenyataan di luar Persidangan bahawa dialog politik adalah cara terbaik untuk menyelesaikan krisis di Syria. Beliau menceritakan bahawa Barat dan beberapa negara serantau telah melakukan kesilapan kerana mencetuskan keganasan di Syria.Beliau menegaskan bahawa krisis di Syria tidak dapat diselesaikan dengan cara paksaan, begitu juga demokrasi tidak boleh dibina di dengan kekerasan bersenjata. Mufti menambah "Kami menasihatkan Barat bahawa pembangunan demokrasi tidak boleh dicapai dengan kaedah campur tangan tentera asing sama ada di Syria atau di Bahrain, begitu juga dalam mana-mana lain negara, tetapi mereka tidak mendengar nasihat kami. "Majlis Syura Iran tolak sebarang campurtangan tentera di SyriaSpeaker Majlis Syura Iran Ali Larijani mengulangi penolakan negaranya terhadap sebarang campurtangan ketenteraan di Syria atau mana-mana negara lain sambil menambah, "Tehran percaya bahawa demokrasi hendaklah berasal dari dalam masyarakat.""Ianya sangat perlu untuk melangsungkan dialog politik yang sebenar di Syria... kerajaan dan pembangkang perlu membentangkan topik dan pendirian menerusi dialog," kata Larijani kepada al-Alam TV dalam satu temubual.Beliau menambah bahawa Iran mengalu-alukan seruan terbaru Bashar al-Assad untuk berdialog dengan pembangkang. Kata beliau, "Kami percaya melalui dialog ini, sistem politik Syria akan terbentuh dalam kerangka demokrasi."Larijani turut memberi amaran terhadap sokongan berterusan terhadap kumpulan pengganas bersenjata di Syria akan menyebabkan perpanjangan krisis di negara ini.